• English
Jabatan Alam Sekitar

Keputusan Peperiksaan Orang Berwibawa

PEMBERITAHUAN

SENARAI PESERTA YANG TELAH LULUS PEPERIKSAAN BAGI KURSUS-KURSUS PENSIJILAN DAN DIBERIKAN STATUS KOMPETEN UNTUK TEMPOH SETAHUN

 

 

Sebanyak empat belas (14) kursus pensijilan telah dijalankan sepanjang bulan November 2015, Disember 2015 dan Januari 2016. Pecahan kursus adalah seperti berikut;

 

  • CePSWaM (5 kursus pada 2015 dan 3 kursus pada 2016);
  • CePBFO (1 kursus);
  • CePSO (1 kursus);
  • CePIETSO BP (1 kursus); dan
  • CePIETSO PCP (1 kursus pada 2015 dan 2 kursus pada 2016).

 

Pada akhir kursus ini, peserta telah dinilai dari segi teori dan juga amali. Jika peserta LULUS kedua-dua kertas (teori dan amali), peserta akan diberikan status KOMPETEN untuk tempoh satu (1) tahun bermula dari tarikh LULUS peperiksaan. Dalam kes di atas, semua peserta yang telah LULUS telah diberikan taraf KOMPETEN untuk tempoh satu (1) tahun bermula;

 

14hb. Mac, 2016 – 15hb. Mac, 2017

 

Dalam tempoh setahun ini, peserta perlu menjalankan Latihan di Lapangan (Field Training Report) di tempat kerja masing-masing selama enam (6) bulan bermula dari 14hhb. Mac, 2016. Satu laporan (2 salinan) hendaklah dikemukakan kepada EiMAS mengikut format yang telah ditetapkan. Tarikh akhir laporan perlu dihantar adalah dalam tempoh setahun bermula 14hb. Mac, 2016 – 15hb. Mac, 2017. Laporan tersebut hendaklah disertakan dengan bukti mengenai pengurusan dan pengendalian buangan terjadual ataupun data pengawasan prestatsi dan hendaklah disahkan oleh penyelia tempat bekerja. Selepas tempoh ini, jika laporan tidak diterima, peserta dianggap tidak berminat untuk terus KOMPETEN.

 

Pemberitahuan ini adalah sebagai makluman awal kepada semua peserta. Pemberitahuan ini juga bukanlah bukti sebagai telah KOMPETEN selagi peserta tidak menerima slip keputusan dan Sijil KOMPETEN setahun yang sebenar. Salinan asal keputusan dan juga Sijil KOMPETEN setahun akan dihantar secara berperingkat-peringkat bermula Mac ini. Jika masih belum diterima selepas Mac, maklumkan semula kepada pihak sekretariat EiMAS untuk tindakan susulan.

 

Berikut adalah senarai nama bagi peserta yang telah lulus dan diberikan taraf KOMPETEN untuk tempoh satu (1) tahun:

Dokumen